Pages

Friday, February 11, 2011

kisah ibu dan anak


Ini kisah sedih seorang ibu. Takkan ada seseorang lain yang akan dapat menggantikan tempat seseorang ibu di dunia ini. Ni cerita lama. Aku saje je cerita semula kisah yang sedih ni. Sebab seseorang nak tahu cerita ni dengan lebih lanjut. Jadi bacalah renungla..

dalam bentuk luahan hati seorang anak yang kesedihan akibat kelalaian atau dengan kata lain kederhakaannya kepada seorang ibu!

Cerita si anak.....

Ibuku buta sebelah mata!
Aku benci ibuku… Dia amat
memalukanku!
Tugas harian dia ialah memasak untuk pelajar dan guru
untuk menyara keluarga kami.

Pada suatu hari semasa di sekolah rendah, ibuku datang ke sekolah untuk bertanya khabar.
Aku sungguh malu. Mengapa dia sanggup melakukan ini kepadaku?!
Aku tidak pedulikan dia dengan menunjukkan wajah benci kepadanya dan terus lari.

Keesokan harinya salah seorang rakan darjah berkata, “EEEE, ibumu hanya ada satu mata!"
Ketika itu aku hanya ingin membenamkan diriku. Aku juga mahu ibuku hilang dari hidupku!
Oleh itu aku berjumpa dengannya dan berkata, “Jika engkau hanya mahu menjadikan diriku bahan ketawa, alangkah baiknya kalau kau mati saja?!!!”

Ibuku hanya berdiam diri!!!

Aku tidak pun sejenak berhenti dan berfikir akan apa yang telah aku katakan kepadanya kerana aku tengah marah ketika itu..Aku langsung tidak peduli akan perasaannya…

Aku ingin keluar dari rumah itu…Oleh itu aku belajar bersungguh-sungguh dan akhirnya dapat melanjutkan pelajaran ke Singapura. Kemudian aku berkahwin. Aku membeli rumah sendiri dan mendapat anak. Aku amat gembira dengan kehidupanku.

Suatu hari ibuku datang menziarahiku. Sudah lama dia tidak berjumpa denganku dan tidak pernah berjumpa cucunya!. Bila dia berdiri di depan pintu rumahku, anakku mentertawakannya...
Aku menjerit kepadanya, “Sanggup engkau datang ke sini dan menakutkan anakku!"KELUAR DARI SINI SEKARANG!!!
Dengan pantas ibuku menjawab “Maaf, Saya tersilap alamat” dan terus menghilangkan diri.

Satu hari surat jemputan untuk perjumpaan pelajar-pelajar lama sampai ke rumahku..Oleh itu aku telah memberitahu isteriku yang aku akan pergi untuk urusan perniagaan…

Selepas perjumpaan itu, aku telah pergi ke rumah usang ibuku hanya untuk ingin tahu!!!.
Jiran memberitahuku yang ibuku telah meninggal…Aku tidak menitiskansetitik airmata pun!!

Jiran itu telah menyerahkan kepadaku sepucuk surat yang ibuku ingin aku membacanya…
“Anakku yang dikasihi, Ibu selalu teringatkan kamu setiap masa…
Ibu minta maaf kerana datang ke Singapura dan telah menakutkan anakmu.
Ibu gembira kerana kamu akan datang ke perjumpaan pelajar-pelajar lama…
Tetapi ibu mungkin tidak dapat bangun untuk berjumpa denganmu.
Ibu minta maaf kerana sentiasa memalukan kamu semasa kamu sedang membesar.

Kamu mungkin tidak tahu…. Semasa kamu masih kecil, kamu telah mendapat kemalangan dan hilang satu mata........Sebagai ibu, aku tidak sanggup melihat anaknya membesar dengan satu mata...Oleh itu… Aku memberi salah satu mataku kepada kamu…Aku amat berbangga kerana anak lelakiku dapat melihat dunia ini dengan mata ibumu ini…"

…Dengan kasihku kepadamu…
…IBUMU…

p/s sejak aku menjadi seorang ibu...hati aku mudah tersentuh bila melihat baby2 kecil yang sakit...dan yang terbiar...pernah aku lihat rancangan bersama mu....penderitaan seorang ibu bersama 2 anaknya.seorang normal dan seorang menghidapi penyakit(aku pun tatau..yang pasal kepala tu)huh tersentuh naluri seorang ibu melihat ia terbaring di atas stroller melihat adik dia bermain..melihat keadaan alam ciptaan tuhan...yang paling aku tak tahan bila dia menangis...hurm..

apabila melihat ammar..aku sentiasa berdoa agar ammar sihat walaupun 2 bulan yang lepas dia mengalami batuk2 yang berulang2...hingga kan kami ke klinik 3 kali..tak tertahan rasanya bila melihat dia batuk tiap2 malam...kadang2 tengah tido dia batuk lalu menangis..sedih ketika itu melihatnya mungkin dia marah...dan juga pernah ammar kene selsema...tiap2 malam tiap2 subuh aku dan en kay sedut hingusnya..tanpa rasa geli...tak sanggup aku melihat dia merengek2 menangis2...ketika tidur....
hurm...kadang2 biarlah penyakit tu datang kepada aku....biar la aku yang rasa semua tu....

1 lagi...di taska..sejak ammar berinjak ke 6 bulan..ammar mudah merengek2 dan meragam...sentiasa hendak orang dekat dengan dia...dukung dia...hingga bbysister menyatakan hal yang sama....tapi aku malas nak cakap lebih..biasalah..lumrah...boleh dikatakan setiap kali aku ambil ammar di taska ,pasti aku tanya mcm mana dia hari ni..berak ke tidak...tapi sejak2 ni aku tidak mahu bertanya keadaan ammar di taska melainkan hal2 berak dia pasti aku tanya..kerana aku tak sanggup mendengar rungutan dari bbyster itu...aku sedih dan tersentuh...aku hanya diam sahaja..selepas ambil ammar,ucapkan terima kasih lalu balik...

takpa la ammar..ibu tau kamu bagaimana....apa2pun ibu sayang kamu ya..